Berikut merupakan 7 Tips Pengurusan Kewangan Untuk Pelajar Universiti. Sekarang, pelajar universiti seperti kehilangan arah apabila hendak menguruskan wang mereka. Akibatnya wang banyak di gunakan untuk perkara yang merugikan berbanding perkara yang perlu. Terimalah hakikat bahawa anda sebenarnya masih belajar dan tidak ada income untuk anda bersukaria, yang ada hanya wang untuk survive di dalam univerisiti itu sendiri.
Untuk membantu golongan pelajar ini menguruskan wang, artikel ini menyediakan 7 tips pengurusan kewangan untuk pelajar universiti.
Tips pertama : Sentiasa catat duit keluar masuk.
Catatkan aliran keluar wang anda pada setiap hari. Dengan ini, anda akan sentiasa peka dengan keadaan wang semasa anda. Lihat sama ada perbelanjaan yang anda keluarkan itu adalah perlu atau tidak. Jika tidak, anda kurangkan perbuatan terebut.
Tips kedua : Rancang belanjawan anda sendiri.
Dengan wang sedia ada, anda rancang belanjawan anda sendiri. Utamakan pembayaran yuran, akademik, makanan dan tempat tinggal. Jangan gunakan wang untuk keseronokan melainkan ia memang adalah wang lebih.
Tips ketiga : Simpan resit bagi setiap pembelian.
Simpan resit bagi setiap pembelian. Dengan ini, anda ada rekod bagi setiap pembelian. Setiap bulan, trace kembali di mana wang anda di gunakan.
Tips keempat : simpan wang yang tidak di gunakan.
Jika tidak ada keperluan untuk menggunakan wang, simpan sahaja kerana dunia pelajar penuh dengan kejutan. Kadangkala ada sahaja perkara yang perlu di bayar seperti yuran persatuan dan sebagainya. Untuk keselamatan, anda simpan sahaja wang tidak di gunakan dan hanya berbelanja apabila semester sudah tamat.
Tips kelima : Elakkan hutang
Jangan berhutang untuk apa tujuan sekalipun. Berhutang bermakna anda akan berbelanja lebih kemampuan anda. Berhutang akan jadi beban apabila pemberi utang mula menagih hutang dari anda.
Tips keenam : Beli semua keperluan akademik mendahului perkara lain.
Di sebabkan anda sedang belajar, segala urusan akademik perlu di dahulukan. Pada minggu pertama semester, anda selesaikan semua keperluan akademik dan simpan sedikit wang jika ada perbelanjaan mengejut.
Tips ketujuh : Elakkan dari mengikut kawan – kawan yang ada duit yang banyak.
Jika anda tiada duit, jangan ikut kawan anda yang banyak duit atau mereka yang boros. Takut – takut nanti anda turut terikut boros berbelanja.
Follow and like page FB kami➡ http://facebook.com/raaxletsshopco-387355991979953/
Jom usya IG Page kiter juga➡ https://www.instagram.com/raaxletsshop.co
No comments:
Post a Comment