Sunday, 13 October 2019

Insomnia (Masalah Tidur Malam)

Definasi
Insomnia merujuk kepada masalah untuk tidur yang menyebabkan pengidap Insomnia tidak mendapat tidur yang mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti.

Jenis-jenis Insomnia
Terdapat beberapa tahap Insomnia yang secara lazimnya dibahagikan kepada 3
  1. Insomnia yang berlarutan dari satu malam sehingga beberapa minggu ditakrifkan sebagai peralihan.
  2. Insomnia yang berulang secara berkala dari masa kesemasa, ia ditakrifkan sebagai terputus-putus "intermittent".
  3. Insomnia yang berlarutan kebanyakan malam atau sehingga melebihi sebulan dianggap Insomnia yang teruk dan perlu dirawat.
Punca Insomnia
Terdapat pelbagai punca Insomnia. Mereka yang mengidap Insomnia peralihan atau Insomnia terputus-putus kebiasaannya disebabkan oleh satu atau lebih dari yang berikut :-
  • Krisis hidup atau tekanan "stress".
  • Masalah bunyi sekeliling
  • Suhu melampau
  • Perubahan sekeliling
  • Perubahan waktu tidur disebabkan mengembara "jet lag"
  • Kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan
  • Ubat yang tidak dirujuk "Nonprescription": seperti ubat diet, pelega hidung "decongestants", selsema dan ubat batuk
  • Ubat diberikan "prescription" oleh doktor seperti: steroids, theophylline, phenytoin, levodopa
  • Waktu kerja yang berpanjangan dari pagi sehingga lewat malam.
Follow and like page FB kami http://facebook.com/raaxletsshopco-387355991979953/
Jom usya IG Page kiter juga https://www.instagram.com/raaxletsshop.co

No comments: