Friday, 11 October 2019

5 Tips Untuk Sentiasa Cergas

Kesihatan tubuh badan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian kita. Sekiranya kita sakit,banyak perkara yang kita tidak dapat lakukan seperti bekerja, bersukan dan lain-lain.

Jadi amat penting bagi kita untuk menjaga kesihatan terutamanya golongan yang aktif seperti ahli sukan, pekerja, pelajar mahupun peniaga.

Disini ada 5 tips yang min hendak kongsikan:

1.PEMAKANAN YANG SIHAT
Memakan buah-buahan dan sayuran secara kerap boleh membersihkan usus kita dan merendahkan risiko untuk jatuh sakit.

Serat dalam sayuran buahan akan membersihkan dinding usus dan toksin dari dalam badan.Paling penting jangan lupa sarapan setiap pagi supaya anda kekal bertenaga sepanjang hari.

2. ELAKKAN MINUMAN BERKAFEIN
Kebanyakan kita suka mengambil minuman berkafein untuk sarapan kan?  Sebenarnya kafein boleh mengganggu penghadaman dan penyerapan zat penting dari makanan.  Ini menyebabkan badan kita menjadi lesu dan letih.

3. BERSENAM
Sekurang-kurangnya kita perlu bersenam seminggu sekali.Banyak manfaat yang anda akan dapat dengan bersenam.

4. AMBIL MAKANAN TAMBAHAN
Bagi kita yang bekerjaya mungkin kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjaga pemakanan.Apa yang anda boleh ialah ambil makanan tambahan ataupun “supplement” yang sesuai,ini pasti dapat meningkatkan kesihatan kita ke tahap optimum.

5. DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP
Tidur yang  berkualiti penting untuk memastikan tubuh kita cukup rehat.Bila tubuh kita cukup rehat,kita akan segar dan bertenaga untuk melakukan aktiviti harian keesokan harinya.

Follow and like page FB kami http://facebook.com/raaxletsshopco-387355991979953/
Jom usya IG Page kiter juga https://www.instagram.com/raaxletsshop.co

No comments: