Thursday 10 October 2019

Langkah-Langkah Untuk Menjaga Kesihatan Ketika Jerebu

Belakangan ini, negara kita telah dilanda jerebu yang amat teruk. Sarawak adalah antara negeri yang teruk terjejas sehinggakan bacaan IPU mencecah 420 di Sri Aman. Oleh itu, kita hendaklah menyediakan payung sebelum hujan. Berikut adalah langkah-langkah menjaga kesihatan ketika terjadinya jerebu.

1. Elak aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.

2. Penganjuran aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihat supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

3. Banyakkan berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.

4. Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.

5. Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.

6. Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.

7. Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya lapan gelas sehari).

8. Jika mampu, pasang alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.

9. Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.

10. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.

Semoga beberapa tips dan langkah-langkah diatas dapat membantu serba sedikit dalam kehidupan seharian kita.



Follow and like page FB kami http://facebook.com/raaxletsshopco-387355991979953/
Jom usya IG Page kiter juga https://www.instagram.com/raaxletsshop.co

No comments: