Thursday 10 October 2019

Tips Belajar Last Minute!

1) Study group

Ada yang suka belajar berkumpulan, ada yang suka belajar berseorangan. Tapi, percayalah! Kalau korang dah tahap kritikal macam ni, study group adalah salah satu cara efektif untuk korang jika pandai memanfaatkan masa. Hah? Takde kawan, takde BFF? Tak tahu nak cakap apa...Suka atau tidak, study group dapat membantu korang kumpulkan maklumat yang mungkin tertinggal. Pada masa sama, rakan korang boleh betulkan dan fahamkan apa yang silap dan kurang faham. Tapi, awas! Study group ni kadang-kadang boleh meleret-leret. Jadi, disiplinkan diri, fokus dan elakkan daripada berbual perkara tak berfaedah.

2) Baca kerap, bukan baca lama.

Dah baca buku satu jam, lepas tu kena rehat 15 minit atau setengah jam. Sebabnya, otak kita tak mampu untuk fokus dalam masa yang lama. Tapi, selepas masa rehat yang korang peruntukkan tu, korang kena sambung belajar semula. Disiplin jaga masa tu penting tau!

3) Baca dan kongsi.

Bila dah baca, jangan simpan sorang-sorang. Korang kena kongsikan dengan kawan-kawan. Korang kena cerita semula apa yang dah baca tadi. Kalau korang study sorang-sorang, nak cerita dengan pet kesayangan pun boleh. Ceritalah semula pada Prada, si kucing bulu gebu, atau Tomoi, si hamster kiut korang tu. Ini serius! Tak kisahlah kalau korang nak cerita dengan mak ke, kakak ke...asalkan korang buat pengulangan.
Mana yang suka up status kat Facebook, Instagram atau Twitter tu, korang boleh post di status apa yang korang baca tadi. Sekadar untuk mengulang. Nanti exam, korang pasti terbayang-bayang post status yang korang buat tu.

4) Baca tips.

Sebelum minggu peperiksaan, mesti ada antara cikgu yang dah bagi klu tentang tajuk atau bab mana yang korang kena tekankan. Jadi, pilihlah tajuk yang penting untuk dibaca. Kalau baca semua, memang tak sempat lah. Mahu makan masa seminggu kalau nak khatamkan semua tajuk dalam buku tu. Korang juga boleh kerap jumpa cikgu. Kadang-kadang cikgu tak bagitau semua di dalam kelas. Kalau korang jumpa cikgu, mungkin cikgu akan tolong korang pilih bab mana yang perlu dibaca.

5) Putuskan hubungan sekejap.

Opss! Tak suruh korang putus kawan, putus saudara ye. Bukan putuskan tali silaturahim yang dah lama terjalin tu. Ini nak suruh korang renggangkan hubungan sekejap (sekejaaaaappp je) dengan ‘BFF’ korang tu iaitu, Facebook, Instagram, Twitter, WeChat, komputer, tv, games dan seangkatan dengannya...yang boleh mengganggu gugat ketenteraman korang masa ulang kaji. Kalau korang rasa teringin sangat nak layan IG, boleh lah layan masa rehat 15 minit. Tapi, lepas tu kena disiplin, tak boleh tengok dah.

6) Banyakkan buat latihan.

Nama pun ‘last minute’. Jadi, lebih baik korang banyakkan buat latihan daripada membaca. Lebih baik korang menghadap buku latihan daripada menghadap buku teks yang tebal tu. Buku latihan akan memudahkan kita mengingat isi-isi penting, membiasakan dengan soalan-soalan latihan dan jawapan yang betul, dan akan lebih ingat tajuk-tajuk penting yang dah disaring daripada buku teks.

7) Menghafal.

Korang boleh menghafal tajuk-tajuk yang perlukan hafalan. Ada banyak kaedah sebenarnya untuk menghafal. Ingat tak cara kita menghafal warna-warna pelangi? Kita boleh ambil huruf pertama setiap warna atau jadikan satu cerita supaya mudah ingat. Korang boleh cuba kaedah Mnemonic devices (gunakan singkatan huruf atau akronim), atau kaedah Pegs (menukar perkataan yang perlu diingati dalam bentuk irama dan lagu) dan boleh juga gunakan kaedah Chunking (kaitkan atau asosiasikan satu perkataan dengan perkataan yang lain melalui aksi atau gambaran).
Korang juga boleh gunakan ‘sticky notes’ yang menggunakan warna berbeza dan tuliskan point penting sahaja. Cara ini sangat sesuai untuk korang yang mudah menerima pelajaran ketika melihat gambar.
Selepas menghafal, jangan lupa untuk catat kembali apa yang dah korang hafal. Ini cara menghafal dengan cepat agar informasi yang dah melekat kuat dalam ingatan korang itu akan lebih terpateri di ingatan.
Ok, macam mana? Harap korang boleh buat tip yang disarankan ni. Lagi satu nak ingatkan…

Jangan abaikan waktu tidur!

Walaupun korang bersungguh-sungguh nak ikut tip yang disarankan ini, korang jangan lupa masukkan dalam jadual harian, masa untuk berehat dan juga masa untuk tidur.
Bukan apa, jika asyik sangat belajar tanpa rehat dan tidur, sia-sia saja korang praktikkan tip ni. Sebabnya, bila dah letih keesokan harinya, korang tak akan dapat fokus ketika menjalani peperiksaan, malah punya potensi besar untuk buat silap ketika menjawab soalan disebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik.
Jangan lupa dapatkan makanan berkhasiat untuk memastikan otak dan tubuh segar sepanjang minggu peperiksaan.

Follow and like page FB kami http://facebook.com/raaxletsshopco-387355991979953/

Jom usya IG Page kiter juga https://www.instagram.com/raaxletsshop.co

No comments: