Sunday, 13 October 2019

Cara Untuk Mengatasi Masalah Insomnia

Penghidap insomnia atau mereka yang mengalami kesulitan untuk tidur sering kali mengambil pil tidur bagi menyelesaikan masalah. Namun, pengambilan pil tidur haruslah dielak kerana selain menyebabkan ketagihan, ia juga boleh mendatangkan kemudaratan seperti cepat menjadi pelupa, halusinasi, sukar hamil, kemurungan, mudah keliru dan cemas.
Berikut adalah cara-cara untuk mengatasi masalah insomnia:
1) Cuba tidur pada masa yang sama setiap hari dan elakkan tidur pada waktu tengah hari. Ia adalah penting untuk mewujudkan serta mengekalkan pola tidur yang tetap dan konsisten.
2) Bersenam secara teratur dan kerap juga mampu meningkatkan kualiti tidur. Seeloknya lakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya tiga jam sebelum merancang untuk tidur.
3) Elakkan mengambil minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh kerana kesan kafien boleh bertahan selama beberapa jam, malah mungkin sehingga 24 jam sehingga menyebabkan kesukaran memulakan tidur dan kerap terjaga pada waktu malam.
4) Tidak digalakkan makan lewat malam kerana ia boleh mengaktifkan sistem penghadaman. Seeloknya, elak makan dalam tempoh satu jam ke dua jam sebelum tidur. 
5) Elakkan diri daripada terlalu stress dan banyak berfikir.  ianya juga penymbang kepada masalah insomnia ini.
Follow and like page FB kami http://facebook.com/raaxletsshopco-387355991979953/
Jom usya IG Page kiter juga https://www.instagram.com/raaxletsshop.co

No comments: