Amalan Yang Memudahkan Rezeki Datang
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
#1 Sentiasa Ingat Kepada Allah
Sentiasa ingat kepada Allah. Kita tahu bahawa Allah pemberi segala rezeki langit dan bumi. Jadi, sebagai hambaNya, kita mesti selalu mengingati Allah sama ada dengan berzikir, berdoa dan melakukan amal kebaikan kerana Dia.
#2 Membantu Golongan Orang Miskin
Bila kita membantu lebih ramai orang miskin atau dalam kesusahan, Allah membantu kita berkali ganda.
#3 Membantu Penuntut Ilmu
Menuntut ilmu adalah salah satu jihad dalam Islam. Bila kita membantu memudahkan seseorang untuk menuntut ilmu, in sha Allah, urusan kita juga turut dipermudahkanNya.
#4 Bersyukur Atas Nikmat
Sebagai hamba Allah, kita mesti sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diperolehi. Makin banyak kita bersyukur, makin banyak Allah kurniakan rezeki ke atas kita.
#5 Bersedekah Secara Istiqamah
Bersedekah sedikit-sedikit secara berterusan itu lebih baik daripada sedekah banyak tapi sekali sekala sahaja. Tidak pernah rugi orang yang suka bersedekah.
#6 Istighfar dan Bertaubat
Istighfar dan bertaubat setiap hari. Kita manusia biasa yang selalu berdosa. Tanpa sedar, dosa-dosa itu boleh menyempitkan rezeki kita. Oleh itu, pentingnya untuk sentiasa mohon ampun daripadaNya.
Follow and like page FB kami➡ http://facebook.com/raaxletsshopco-387355991979953/
No comments:
Post a Comment