Friday, 11 October 2019

Tips Bagaimana Untuk Mengelakkan Barang Tertinggal Masa Travel

Ainin biasa travel sorang diri. Katanya lebih mudah. Kalau bawak orang, nanti kalau salah sorang buat silap boleh bergaduh pulak dalam perjalanan. Dah rosakkan mood travelling. Samada Ainin travel ikut orang atau dengan orang yang betul-betul boleh ngam dengan dirinya.  Berikut adalah serba sedikit tips dari Ainin untuk mengelakkan barang tertinggal masa travel:

→Bila travel sorang ni kita lebih sharp dan teliti dengan setiap perkara terutamanya barang kita bawa. Kadang-kadang dalam kepala tu dah ada list setiap satu apa yang di dalam beg. Kebarangkalian untuk barang tertinggal atau tercicir adalah sangat rendah.

→Bila dah biasa travel sorang kemudian ikut pulak orang, mulalah ketelitian tadi semakin berkurangan. Hal ini adalah disebabkan benda ni dah jadi macam perkara baru pulak. Jadi ambil masa untuk menyesuaikan diri. Cara paling senang, buatkan satu senarai barang yang dibawa bersama dan setiap kali bertolak ke destinasi lain, pastikan senarai ni tadi disemak terlebih dahulu untuk mengelakkan barang tertinggal. 

→Nak lagi senang, susunkan barang-barang yang akan kita bawa semasa travel di atas lantai dan tangkap gambar. Pastikan kesemua barangan boleh dilihat dalam gambar tersebut. Jadi bila nak bertukar lokasi, refer je terus pada gambar. Gambar tadi adalah pengganti kepada senarai yang perlu ditulis tadi.

Memang leceh kalau ada barang tertinggal, lebih susah apabila barang tersebut adalah keperluan untuk bekerja.  Mulalah rasa gelabah dan tak tentu rasa.

Follow and like page FB kami http://facebook.com/raaxletsshopco-387355991979953/
Jom usya IG Page kiter juga https://www.instagram.com/raaxletsshop.co

No comments: