Sunday, 13 October 2019

Manfaat Masker Madu Untuk Wajah

Madu mengandung antimikroba, antioksidan, dan dapat memberikan efek menenangkan untuk kulit anda. Kandungan antioksidan yang terdapat di dalam madu dibutuhkan kulit untuk melawan radikal bebas yang dapat merosakkan kulit.

Masker Madu untuk Wajah
Selain mengandung antioksidan, madu juga mengandung antiseptik dan antibakterial. Kandungan inilah yang membuat madu masuk dalam deretan bahan alami yang membantumu mengatasi jerawat. Tidak hanya bagus untuk kulit wajah yang berjerawat, kulit kering juga bisa diatasi dengan masker madu.
Cara menggunakan masker madu untuk wajah terbilang mudah sekali, yaitu:
  • Pertama, bilas muka Anda dengan air hangat untuk membuka pori-pori kulit.
  • Oleskan madu ke bagian wajah dan diamkan selama sekitar 30 menit.
  • Terakhir, bilas kembali dengan air hangat, lalu basuh dengan air dingin agar pori-pori wajah Anda kembali tertutup.
Ingat, sebelum mengoleskan madu, selalu basuh wajah Anda dengan air hangat untuk membuka pori-pori kulit. Disarankan untuk memilih madu asli yang tidak memiliki campuran bahan-bahan kimia.

Follow and like page FB kami http://facebook.com/raaxletsshopco-387355991979953/
Jom usya IG Page kiter juga https://www.instagram.com/raaxletsshop.co

Resepi Buat Pupur Beras

Pupur menggunakan tepung beras dan susu segar untuk mencerahkan kulit dan mencegah jerawat.  Cara-cara untuk menghasilkan pupur beras DIY adalah:

1. SEDIAKAN tepung beras dan susu segar.

2. MASUKKAN dua sudu tepung beras ke dalam bekas.

3. MASUKKAN susu segar bergantung kepada kepekatan bahan.

4. KACAU kedua-dua bahan ini hingga pekat. Jika sebaliknya tambah tepung atau susu pekat supaya sekata.
5. SAPU pada wajah atau kulit dan biarkan selama10 minit. Cuci wajah dengan air sejuk

Follow and like page FB kami http://facebook.com/raaxletsshopco-387355991979953/
Jom usya IG Page kiter juga https://www.instagram.com/raaxletsshop.co

Kulit Cerah Cara Mudah!

Nak kulit cerah dengan cara mudah? Bahan-bahan pun senang cari dan natural. Berikut cara-caranya:

1. Madu
Madu boleh bertindak sebagai agen pencerah dan pelembap kulit. Selain itu ia juga sebagai antibakteria. Caranya mudah sahaja sapu madu pada wajah dan biarkan selama lima minit kemudian cuci dengan air suam.

2. Betik
Ambil sepotong betik masak kemudian gosokkan isinya pada muka selama dua hingga tiga minit. Selepas itu bilas dengan air biasa.

3. Lemon
Gunakan hirisan lemon kemudian sapu pada kulit selama lima minit. Cuci bersih dan rasai kelembutan kulit anda. Lakukan dua kali seminggu.

4. Timun
Timun bukan sahaja menyegarkan mata, tetapi boleh menjadikan kulit lebih cerah. Caranya kisar timun kemudian sapu pada kulit selama lima minit. Basuh dengan air bersih.

5. Kunyit
Oleh kerana kunyit bersifat antiseptik, maka pupur kunyit baik untuk merawat wajah. Malah ia juga boleh mencerahkan kulit. Caranya, campurkan susu dengan kunyit terlebih dahulu, sapukan pada kulit dan biarkan selama 10 minit. Cuci dengan air .

6. Aloe vera
Aloe vera mampu menjadikan ton kulit lebih sekata. Ambil daun lidah buaya kemudian sapu bahan lendir pada kulit dan biarkan seketika. Cuci hingga bersih dan rasai kesegarannya selepas rawatan ini dilakukan.

Follow and like page FB kami http://facebook.com/raaxletsshopco-387355991979953/
Jom usya IG Page kiter juga https://www.instagram.com/raaxletsshop.co

Cara Untuk Mengatasi Masalah Insomnia

Penghidap insomnia atau mereka yang mengalami kesulitan untuk tidur sering kali mengambil pil tidur bagi menyelesaikan masalah. Namun, pengambilan pil tidur haruslah dielak kerana selain menyebabkan ketagihan, ia juga boleh mendatangkan kemudaratan seperti cepat menjadi pelupa, halusinasi, sukar hamil, kemurungan, mudah keliru dan cemas.
Berikut adalah cara-cara untuk mengatasi masalah insomnia:
1) Cuba tidur pada masa yang sama setiap hari dan elakkan tidur pada waktu tengah hari. Ia adalah penting untuk mewujudkan serta mengekalkan pola tidur yang tetap dan konsisten.
2) Bersenam secara teratur dan kerap juga mampu meningkatkan kualiti tidur. Seeloknya lakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya tiga jam sebelum merancang untuk tidur.
3) Elakkan mengambil minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh kerana kesan kafien boleh bertahan selama beberapa jam, malah mungkin sehingga 24 jam sehingga menyebabkan kesukaran memulakan tidur dan kerap terjaga pada waktu malam.
4) Tidak digalakkan makan lewat malam kerana ia boleh mengaktifkan sistem penghadaman. Seeloknya, elak makan dalam tempoh satu jam ke dua jam sebelum tidur. 
5) Elakkan diri daripada terlalu stress dan banyak berfikir.  ianya juga penymbang kepada masalah insomnia ini.
Follow and like page FB kami http://facebook.com/raaxletsshopco-387355991979953/
Jom usya IG Page kiter juga https://www.instagram.com/raaxletsshop.co

Insomnia (Masalah Tidur Malam)

Definasi
Insomnia merujuk kepada masalah untuk tidur yang menyebabkan pengidap Insomnia tidak mendapat tidur yang mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti.

Jenis-jenis Insomnia
Terdapat beberapa tahap Insomnia yang secara lazimnya dibahagikan kepada 3
  1. Insomnia yang berlarutan dari satu malam sehingga beberapa minggu ditakrifkan sebagai peralihan.
  2. Insomnia yang berulang secara berkala dari masa kesemasa, ia ditakrifkan sebagai terputus-putus "intermittent".
  3. Insomnia yang berlarutan kebanyakan malam atau sehingga melebihi sebulan dianggap Insomnia yang teruk dan perlu dirawat.
Punca Insomnia
Terdapat pelbagai punca Insomnia. Mereka yang mengidap Insomnia peralihan atau Insomnia terputus-putus kebiasaannya disebabkan oleh satu atau lebih dari yang berikut :-
  • Krisis hidup atau tekanan "stress".
  • Masalah bunyi sekeliling
  • Suhu melampau
  • Perubahan sekeliling
  • Perubahan waktu tidur disebabkan mengembara "jet lag"
  • Kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan
  • Ubat yang tidak dirujuk "Nonprescription": seperti ubat diet, pelega hidung "decongestants", selsema dan ubat batuk
  • Ubat diberikan "prescription" oleh doktor seperti: steroids, theophylline, phenytoin, levodopa
  • Waktu kerja yang berpanjangan dari pagi sehingga lewat malam.
Follow and like page FB kami http://facebook.com/raaxletsshopco-387355991979953/
Jom usya IG Page kiter juga https://www.instagram.com/raaxletsshop.co

Saturday, 12 October 2019

Petua Orang Tua

  • Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
  • Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
  • Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
  • Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.
  • Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.
  • Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
  • Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Follow and like page FB kami http://facebook.com/raaxletsshopco-387355991979953/
Jom usya IG Page kiter juga https://www.instagram.com/raaxletsshop.co

Tips Untuk Move On

Dalam percintaan tidak semuanya selalu indah. Ada yang berakhir dengan kegembiraan dan ada yang berakhir dengan kesedihan dimana putus di tengah jalan. Bukan mudah untuk melupakan kenangan yang dikongsi bersama sepanjang percintaan.
Ada juga yang tidak dapat menerima ketentuan dan mengambil cara singkat dengan membunuh diri. Ini adalah diantara yang dilarang oleh setiap agama. Apa kata ambil jalan untuk ‘move on’
Ini diantara 5 cara untuk ‘move on’ selepas putus cinta. 
BERI MASA PADA DIRI
Lelaki atau perempuan, sama saja, kerana kedua-dua akan terkesan dengan cinta yang kandas di tengah jalan. Jadi, beri masa untuk merawat luka di hati kerana dengan masa, luka yang dirasai akan sedikit demi sedikit sembuh.
SIBUKKAN DIRI ANDA
Padatkan jadual anda supaya anda kurang mengingati memori lama bersama si dia. Termenung dan bersendirian akan membuatkan anda lebih sedih dan sukar untuk move on. Pandang ke hadapan dan jangan toleh lagi ke belakang!
SIMPAN BARANG KENANGAN JAUH-JAUH
Ini untuk mengelakkan anda terus mengingati kenangan bersama si dia apabila melihat barangan yang pernah dibeli waktu bercinta dulu Jadi masukkan dalam satu kotak dan letakkannya jauh dari pandangan.
DEKATKAN HUBUNGAN DENGAN ORANG SEKELILING
Apabila sudah berpisah, ambil peluang ini untuk merapatkan semula hubungan dengan keluarga, kawan-kawan lama atau saudara-mara yang jarang berjumpa. Hargai mereka yang selama ini sentiasa berada di sekeliling anda.
MINTA BANTUAN ATAU SOKONGAN
Sokongan daripada mereka yang rapat seperti ibu bapa misalnya mampu merawat luka di hati dan melupakan si dia. Mungkin ada yang malu untuk meluahkan perasaan. Tapi, percayalah. Pelukan daripada mereka pun dah cukup menenangkan
Ambillah masa sebanyak mana yang diperlukan. Kerana sukar untuk melupakan kenangan bersama si dia. Kemudian bangkit lebih bersemangat dengan kehidupan anda!

Follow and like page FB kami http://facebook.com/raaxletsshopco-387355991979953/
Jom usya IG Page kiter juga https://www.instagram.com/raaxletsshop.co